awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil Tamrin Ghafar minggu depan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2024
11:32 MYT
Polis panggil Tamrin Ghafar minggu depan
Razarudin berkata, pihak polis berkemungkinan akan merekodkan kenyataan Tamrin pada minggu depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis memanggil anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Mohd Tamrin untuk dirakam keterangan berhubung catatan di blognya yang 'meramalkan' masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis berkemungkinan akan merekodkan kenyataan Tamrin pada minggu depan.
"Tamrin masih belum menetapkan tarikh untuk merakam kenyataannya, mungkin minggu depan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Pada Rabu, satu portal berita melaporkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis berhubung siasatan membabitkan catatan pada 4 April itu.
Beliau berkata, seorang pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tamrin Ghafar
#Razarudin Husain
#masa depan Melayu
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan