awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun dijangka sertai inisiatif peluru berpandu Golden Dome
Penyelewengan tanah: SPRM beku 10 akaun bank RM4 juta
PM Anwar hadir mesyuarat khas pembangunan bahagian di Sarawak

Polis Perak kumpul maklumat rumah ibadat tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
13/03/2026
08:08 MYT
Polis Perak kumpul maklumat rumah ibadat tanpa kebenaran
Noor Hisam (foto) berkata tindakan itu untuk memastikan kerajaan negeri memperoleh gambaran sebenar bilangan rumah ibadat yang mempunyai rekod rasmi atau tidak. -Gambar fail/Bernama
Polis Perak sedang mengumpul maklumat terperinci rumah ibadat yang beroperasi tanpa kebenaran di seluruh negeri sebagai langkah awal sebelum tindakan lanjut diputuskan bersama-sama pihak berkuasa negeri.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata tindakan itu untuk memastikan kerajaan negeri memperoleh gambaran sebenar bilangan rumah ibadat yang mempunyai rekod rasmi atau tidak.
“Selepas maklumat ini lengkap, kita akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Ketua Polis Daerah Ipoh dan Hilir Perak di sini hari ini.
Noor Hisam berkata isu itu perlu ditangani secara berhemah bagi mengelakkan kegusaran awam dan memastikan keharmonian negara tidak terjejas.
“Polis sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam memastikan sebarang isu diurus dengan baik tanpa menjejaskan keamanan awam,” katanya.
Noor Hisam berkata setakat ini, tiada laporan ketegangan berpunca daripada rumah ibadat tanpa kebenaran diterima di Perak.
Pada majlis itu, ACP Mohd Husni Manaf dilantik memangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak menggantikan ACP Lee King Chuan yang dilantik Pengarah Bahagian Siasatan/Pendakwaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
ACP Muhammad Najib Hamzah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh menggantikan ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang ditukarkan sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Selain itu, ACP Chua Kok Lian mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Hilir Perak daripada ACP Dr Bakri Zainal Abidin yang bersara wajib pada 15 Mac selepas berkhidmat selama 39 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#rumah ibadat
#keamanan
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.