awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis percaya suspek utama kes tikam masih Terengganu

Bernama
Bernama
17/10/2016
13:19 MYT
Polis percaya suspek utama kes tikam masih Terengganu
Mangsa maut selepas ditikam enam kali dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu. - Gambar fail
Polis percaya suspek utama kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, di sini masih bersembunyi di negeri itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata pihaknya turut bekerjasama dengan polis di kawasan sempadan bagi memastikan suspek tidak dapat meloloskan diri ke negara jiran.
"Rakan suspek yang bertindak sebagai pemandu juga memaklumkan suspek pulang bersama ke rumahnya di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh Gading selepas kejadian tikam itu bagi mengambil motosikal yang ditinggalkan di rumah berkenaan.
"Kami meminta orang ramai yang berjumpa atau mengetahui di mana suspek berada untuk melaporkan ke balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak bertindak melindungi suspek bagi mengelakkan tindakan undang-undang kerana bersekongkol, menyembunyi atau melindungi suspek," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
BACA: Elak rahsia 'kahwin' dua terbongkar, lelaki ditikam bakal 'adik ipar'
BACA: Adik mangsa tidak sangka bakal suami sanggup tikam abang
BACA: Pegawai JPJ maut ditikam tidak sempat timang anak sulung
Wan Abdul Aziz turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan menyebarkan gambar pembunuhan mangsa di media sosial dan berita yang boleh mengganggu siasatan polis.
Semalam, rakan suspek serta bapa saudaranya ditahan kira-kira pukul 4.30 petang dan 4.45 petang oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Balai Polis Manir.
Kedua-dua mereka yang berusia 27 dan 55 tahun itu diberkas dalam dua serbuan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Mohamad Shukri Husin, 34.
Mangsa maut selepas ditikam enam kali dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#JPJ
#majlis agam islam dan adat istiadat terengganu
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan