awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas arak tidak bercukai bernilai lebih RM900,000 di Pekan Nenas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/04/2026
01:42 MYT
Polis rampas arak tidak bercukai bernilai lebih RM900,000 di Pekan Nenas
Polis menahan tiga lelaki warga asing dan merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM952,000 dalam satu serbuan di Taman Utama Pekan Nenas, Johor Bahru, Sabtu lepas. - Gambar ihsan PGA

Polis menahan tiga lelaki warga asing dan merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM952,000 dalam satu serbuan di Taman Utama Pekan Nenas di sini, Sabtu lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Supt Salehin Sulaiman berkata, serbuan kira-kira 12 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PGA menerusi Operasi Taring Alpha 2.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Proton Exora berwarna coklat serta sejumlah besar arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara barangan dirampas termasuk ratusan kotak arak pelbagai jenama dan saiz.

Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran sekitar daerah Pontian mengikut pesanan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#rampasan
#PGA
#arak
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan