awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu

Bernama
Bernama
09/02/2026
13:00 MYT
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
Ahmad Radzi berkata tangkapan dibuat kira-kira 8.30 malam oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA bersama Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat. - Gambar PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 1,031 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai hampir RM3.09 juta dalam serbuan di sebuah stor dekat Kampung Pasir Tumboh, di sini baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Briged Tenggara PGA merampas 1,031 kotak mercun dan bunga api bernilai hampir RM3.09 juta dalam serbuan di Kampung Pasir Tumboh.
  • Empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1952.
  • Siasatan mendapati mercun dipercayai diperoleh dari syarikat pembekal di Melaka, serta penemuan pistol dari seorang warga Thailand dengan bayaran RM1,500.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan menerusi Ops Taring Wawasan itu dijalankan pada 12.10 tengah malam, 4 Feb oleh anggota Risik Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Dadah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
"Hasil pemeriksaan menemukan kesemua mercun dan bunga api yang disimpan tanpa sebarang dokumen sah, selain turut merampas sebuah telefon bimbit bernilai kira-kira RM2,000.
"Empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 24 tahun yang berada di premis tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1952," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati bekalan mercun tersebut dipercayai diperoleh daripada sebuah syarikat pembekal di Masjid Tanah, Melaka dan dibawa ke stor berkenaan secara berperingkat bulan lepas sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata tangkapan dibuat kira-kira 8.30 malam oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA bersama Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat.
"Sebelum tangkapan dilakukan, anggota bertugas mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dan sebuah motosikal Modenas Kriss diparkir dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan berhampiran sebuah kedai karpet dekat Pengkalan Kubor.
"Pemeriksaan awal mendapati tiga lelaki berusia 25, 26 dan 33 tahun berada di lokasi tersebut dan seorang daripada suspek cuba melarikan diri menaiki motosikal namun terjatuh ke dalam longkang berhampiran sebelum berjaya ditahan," katanya.
Ahmad Radzi berkata ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tiga suspek positif methamphetamine manakala seorang lagi negatif.
"Siasatan awal mendapati pistol berkenaan dipercayai diperoleh daripada seorang warga Thailand di Tak Bai dan dibawa masuk melalui pengkalan haram di Pengkalan Kubor dengan bayaran upah RM1,500.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya yang menambah polis turut mengesan seorang individu dikenali 'Abe Keydey' bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Tahun Baharu Cina
#Pasukan Gerakan Am
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan