awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru

Bernama
Bernama
23/01/2025
15:42 MYT
Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Juna berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Dis lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Polis telah merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul oleh guru seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Dis lepas.
Beliau berkata wanita berusia 40 tahun itu kemudiannya menarik semula laporan polis yang dibuat pada keesokan harinya kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
"Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu sekali lagi tampil membuat satu laporan polis memohon pihak polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Justeru, Juna meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Katanya sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan (IPD) Kerian di talian 05-721 2222.
Terdahulu media melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk gurunya sehingga mengalami gegaran dalam telinga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#guru
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan