awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin

Bernama
Bernama
09/10/2020
16:46 MYT
Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin
Polis Sabah kini memburu enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini awal pagi Jumaat. -Gambar fail
TAWAU:Polis Sabah kini memburu enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kejadian itu pada awalnya membabitkan 14 tahanan namun tujuh daripada mereka telah berjaya ditahan semula.
Beliau berkata kesemua 14 tahanan sedang dikuarantin sementara menunggu keputusan saringan COVID-19.
"Pada 2 pagi tadi, seorang penyelia di dewan pergerakan PTS terdengar jeritan seorang anggota meminta tolong kerana mendapati dua tahanan memanjat pagar belakang Blok 4 dan melarikan diri.
"Ekoran itu, siasatan lanjut di bahagian tahanan lelaki di Blok 1 mendapati 14 lelaki melarikan diri, kesemua mereka merupakan tahanan PTS untuk dihantar pulang ke negara asal," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Peter berkata warga Filipina terbabit ialah Aidal Girol, 42; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan, 36, serta Jaladi Benedi, 38, manakala warga Indonesia ialah Anwar Awal, 35.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Sabah
#pendatang haram
#Filipina
#Indonesia
#ujian saringan
#COVID-19
#kuarantin
#Sabah
#Pusat Tahanan Sementara
#PTS
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan