awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian

Bernama
Bernama
06/02/2026
06:08 MYT
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan (kanan) memasang lampu berkelip biru berserta siren di Lebuhraya MEX pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular baru-baru ini kerana menggunakan siren serta lampu biru berkelip-kelip bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) digunakan bagi urusan tugas rasmi sebuah kementerian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata penggunaan lampu arah (beacon light) pada kenderaan itu juga telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Pihak polis telah mengenal pasti pemilik serta kenderaan terbabit dan akan memanggilnya dalam masa terdekat bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu memandangkan siasatan awal terhadap video yang tular itu tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lampu arah
#mex
#siren
#JSPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan