awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan Sirul Azhar Umar

Bernama
Bernama
13/01/2015
10:02 MYT
Polis sedang kesan Sirul Azhar Umar
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Persekutuan. - Foto Fail
Polis sedang mengesan Koperal Sirul Azhar Umar selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Persekutuan.
"Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Sirul oleh Mahkamah Persekutuan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan kesan beliau dan buat tangkapan.
Sehingga kini kami sedang kesan beliau," katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada Bernama. Sirul Azhar, 43, yang merupakan tertuduh kedua kes itu tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana dikatakan berada di luar negara.
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan Sirul Azhar.
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya. Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shariibu
#hukuman mati
#Mahkamah Persekutuan
#model sambilan
#penterjemah
#Unit Tindakan Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan