awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa

Bernama
Bernama
13/06/2024
12:48 MYT
Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan. - Gambar fail
SEREMBAN: Polis menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah rumah di sini semlam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan pada 5.30 petang dan susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.
"Seorang daripada lelaki itu dipercayai bertindak mengawal remaja terbabit ketika mengumpul barangan lusuh di rumah itu manakala seorang lagi dipercayai menggaji mangsa.
"Remaja terbabit dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala remaja berkenaan ditempatkan di rumah perlindungan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja OKU
#buruh paksa
#mangsa eksploitasi
#polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan