awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu 'kelang sabung', cekup 47 kaki judi

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
05/01/2020
12:21 MYT
Polis serbu 'kelang sabung', cekup 47 kaki judi
Serbuan di kelang sabung itu dijalankan sepasukan 33 anggota di Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) diketuai Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Frediel Nyambong.
Walaupun pernah diserbu polis dua kali pada tahun lepas, namun sebuah gelanggang sabung ayam atau dikenali sebagai ‘kelang sabung’ oleh penduduk tempatan di Pulau Kerto di Sibu, masih dihidupkan semula dan menjadi tumpuan kaki judi.
Bagaikan tidak pernah menyesal dengan tabiat mereka, 23 orang daripada 47 kaki judi yang dicekup dalam serbuan terbaru di situ pada petang Sabtu, didapati pernah didakwa di mahkamah sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit dalam sidang media pada Ahad memberitahu, serbuan dan tangkapan di ‘kelang sabung’ itu dilakukan pada jam 5.15 petang oleh sepasukan 33 anggota di Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) diketuai Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Frediel Nyambong.
Foto: PDRM
Foto: PDRM
Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,974.82, tujuh ekor ayam sabung, 82 bilah taji, 820 keping cip bulat, 117 keping cip segi empat, dua set judi holo, 17 set daun terup dan sembilan bji buah dadu.
Turut dirampas ialah pelbagai peralatan lain seperti dua unit papan kenyataan dan masing-masing seunit alat penimbang, loceng, jam dinding, bacaan penimbang, kalkulator, mesin pencetak resit serta sebilah parang.
Menurut Stanley, 'kelang sabung' itu pernah diserbu sebanyak dua kali tahun lepas dan tangkapan kali ini merupakan yang terbesar membabitkan 47 orang kaki judi.
Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Terhadap Binatang 1960 (Sabung Ayam).
Topic Berkaitan
#kaki judi
#kelang sabung
#Miri
#PDRM
#polis
#pulau kerto
#sabung ayam
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan