awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu sarang "phone scam" di Simpang Ampat, tahan 18 warga asing

Bernama
Bernama
28/11/2025
11:33 MYT
Polis serbu sarang "phone scam" di Simpang Ampat, tahan 18 warga asing
Kesemua tangkapan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita warga Jepun serta empat lelaki warga China, berumur antara 25 hingga 51 tahun. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan 18 warga asing termasuk seorang wanita selepas menggempur dua banglo di kawasan Simpang Ampat, Batu Kawan, dekat sini, yang dijadikan sebagai sarang sindiket penipuan menerusi panggilan telefon dengan menyamar sebagai polis dari Jepun.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 20 Nov lepas hasil maklumat dan risikan.
Beliau berkata kesemua tangkapan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita warga Jepun serta empat lelaki warga China, berumur antara 25 hingga 51 tahun.
"Serbuan di lokasi pertama merampas 24 buah telefon bimbit pelbagai jenama, lapan buah iPad, lima unit pad kekunci angka, dua walkie talkie, 11 set skrip penipuan dalam bahasa Jepun dan satu unit papan putih jadual tugas dalam bahasa Jepun.
"Dalam serbuan kedua pula, polis merampas tiga buah komputer riba pelbagai jenama, 25 telefon bimbit pelbagai jenama, lima buah iPad, dua walkie talkie, 14 set skrip penipuan dalam bahasa Jepun, dua kunci rumah dan tiga alat kawalan pintu pagar," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azizee berkata siasatan mendapati suspek mengaku bekerja sebagai operator pusat panggilan sejak tiga bulan lepas dan menyasarkan mangsa di Jepun dengan menerima gaji antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.
Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket beroperasi menggunakan aplikasi Telegram bagi mendapatkan maklumat mangsa.
"Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai polis Jepun menggunakan aplikasi Go (Japan) dalam talian bagi urusan transaksi kewangan," katanya.
Azizee berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan panggilan telefon atau pesanan ringkas daripada individu tidak dikenali, serta membuat rujukan dengan pihak berkuasa untuk pengesahan maklumat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#simpang ampat
#sindiket penipuan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan