awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan kes cabul di Terminal Bersepadu Selatan

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
23/03/2026
13:07 MYT
Polis siasat dakwaan kes cabul di Terminal Bersepadu Selatan
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu dakwaan kes cabul melibatkan seorang wanita tempatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, pada Rabu lalu. - Foto tular/media sosial
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu dakwaan kes cabul melibatkan seorang wanita tempatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, di sini, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 8.29 malam, 18 Mac 2026.
Menurutnya, insiden tersebut dipercayai melibatkan seorang lelaki tidak dikenali yang melakukan perbuatan cabul terhadap mangsa ketika berada di lokasi berkenaan.
“Susulan laporan diterima, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#kes cabul
#Termina Bersepadu Selatan
#Polis Daerah Cheras
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan