awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat jika penumpang, kru helikopter terhempas miliki permit rentas negeri

Bernama
Bernama
25/03/2021
08:44 MYT
Polis siasat jika penumpang, kru helikopter terhempas miliki permit rentas negeri
Sebuah helikopter Airbus Helicopter AS350 B3 yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.25 pagi semalam. - Gambar/ Bernama
KUANTAN: Polis akan menyiasat jika individu menaiki helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Subang, Selangor semalam mempunyai permit merentas negeri untuk masuk atau keluar dari Pahang, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima maklumat bahawa helikopter dalam penerbangan persendirian itu membawa juruterbang, penolong juruterbang dan tiga penumpang berlepas dari Sungai Lembing, di sini sekitar 8.30 pagi.
"Kami akan siasat jika mereka ada permit atau tidak...kami mahu mengingatkan mana-mana pihak yang ingin masuk ke Pahang untuk mendapatkan permit merentas negeri terlebih dahulu atau bersedia dikenakan kompaun.
"Peringatan ini juga terpakai kepada mereka yang menggunakan laluan udara atau laut," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
BACA: Helikopter terhempas di Subang, dua cedera
BACA: Helikopter terhempas di Subang dalam penerbangan persendirian dari Pahang - CAAM
Sambutan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, sebuah helikopter Airbus Helicopter AS350 B3 yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.25 pagi.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan kejadian menyebabkan dua cedera manakala tiga lagi selamat dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Subang
#helikopter terhempas
#Airbus AS350 B3
#polis
#Siasat
#kebenaran rentas negeri
#Pahang
#Juruterbang
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan