awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN

Bernama
Bernama
17/01/2022
13:04 MYT
Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN
Polis menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu kira-kira 11.30 pagi tadi. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.
"Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.
Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.
Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adun johor
#gangguan seksual
#laporan polis
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan