awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang

Bernama
Bernama
01/12/2019
23:20 MYT
Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang
ACP AHMAD DZAFFIR: Polis masih dalam tindakan menyiasat segala aspek berkenaan berlangsungnya penganjuran perhimpunan di Kajang itu. - Gambar fail
Polis masih menyiasat dakwaan terdapat satu perjumpaan serta perhimpunan dipercayai membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan di Kajang, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak namun pihaknya mengambil maklum akan perkara berkenaan.
"Maklumat mengenai penganjuran perhimpunan itu berjaya diperolehi. Ia dilaporkan telah berlangsung secara tertutup dan pihak polis masih dalam tindakan menyiasat segala aspek berkenaan berlangsungnya penganjuran itu," katanya ketika dihubungi.
Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, pagi Ahad.
Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#bekas ahli PKM
#Kajang
#Parti Komunis Malaya
#perhimpunan
#perhimpunan tertutup
#Perjanjian Damai Hatyai
#perjumpaan
#PKM
#portal berita
#siasatan
#ulang tahun ke-30
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan