awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM

Bernama
Bernama
11/12/2024
23:20 MYT
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Menurut Mohd Azam, kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel menerusi beberapa serbuan di Bukit Jalil dan Rawang, dekat sini, pada Isnin dan semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
“Motif perbuatan mencuri ini adalah untuk dijual semula sebagai barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Azam berkata, semakan mendapati sembilan individu mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan narkotik manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati lima orang positif dadah.
Kesemua suspek direman empat hari hingga 13 Dis ini dan kes disiasat bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#10 lelaki ditahan
#kabel TM
#kes dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan