awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 11 individu dalam operasi acara balapan haram

Naz Raseed
Naz Raseed
02/03/2026
00:49 MYT
Polis tahan 11 individu dalam operasi acara balapan haram
Facebook Polis Daerah Keningau
Satu acara balapan didakwa dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa di kawasan Bandar Baru Bataras, Keningau, pada Sabtu, dicemari unsur tidak sihat termasuk penggunaan bahan terlarang serta aktiviti pertaruhan haram.
Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Garai berkata, perkara itu dikesan menerusi Op Bersepadu yang dilaksanakan di kawasan berkenaan pada Sabtu.
Menurut beliau, operasi yang melibatkan seramai 36 pegawai dan anggota itu dijalankan bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi.
“Hasil pemantauan mendapati kebanyakan peserta yang menyertai acara tersebut terdiri daripada golongan remaja dan belia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dijalankan menemukan bahan disyaki dadah jenis methamphetamine serta minuman dipercayai air ketum di lokasi kejadian.
Sehubungan itu, seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala 10 lelaki warga asing ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Dalam pada itu, Bahagian Trafik turut mengeluarkan 25 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.
Menurut Yampil lagi, secara keseluruhan seramai 130 individu dan 105 kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.
Beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan yang diambil bukan bertujuan menghalang penganjuran aktiviti sukan, sebaliknya dilaksanakan atas faktor keselamatan awam serta mengambil kira kewujudan unsur pertaruhan dan penyalahgunaan bahan terlarang.
“Namun dalam kes ini, aktiviti tersebut dijalankan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran, selain melibatkan pertaruhan wang dan penyalahgunaan bahan terlarang.
"Tindakan yang diambil adalah berasaskan maklumat dan bukti yang diperoleh sepanjang operasi, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Topic Berkaitan
#balapan
#Keningau
#Dadah
#pertaruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan