awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai

Bernama
Bernama
29/01/2026
00:40 MYT
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
Pemeriksaan terhadap 63 warga asing yang bekerja dalam sektor pembinaan di lokasi berkenaan mendapati sebahagian daripada mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seramai 30 lelaki pendatang asing tanpa izin ditahan dalam satu operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah tapak pembinaan di kawasan Nilai, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata operasi di bawah Op Pintas Mega itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap 63 warga asing yang bekerja dalam sektor pembinaan di lokasi berkenaan mendapati sebahagian daripada mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.
"Seramai 30 lelaki terdiri daripada 21 warga China, dua warga Bangladesh dan tujuh warga Myanmar didapati tidak memiliki dokumen perjalanan diri serta permit kerja yang sah.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Nilai untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Alzafny berkata saringan awal berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0 mendapati tiada unsur pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi buruh paksa.
Beliau berkata usaha mengesan majikan dan pihak yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Pintas Mega
#pati
#warga asing
#sektor pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan