awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki dipercayai guna gelaran ‘Datuk’ palsu

Bernama
Bernama
26/11/2025
14:07 MYT
Polis tahan dua lelaki dipercayai guna gelaran ‘Datuk’ palsu
Polis menahan dua lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan kes penipuan menggunakan gelaran Datuk palsu, semalam. - Foto hiasan
SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan kes penipuan menggunakan gelaran Datuk palsu, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata suspek berusia 34 dan 50 tahun ditahan di sebuah restoran di daerah ini hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.
"Polis turut merampas peralatan seperti kad serta cap rasmi istana, sijil pertubuhan, lambang adat, kelengkapan pakaian istiadat dan kebesaran dipercayai digunakan untuk menipu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dua suspek itu direman sehingga 29 Nov bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#gelaran datuk palsu
#Polis Daerah Seremban
#kes penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan