awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan kakak pelakon popular, jumpa syabu di rumah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/04/2026
07:49 MYT
Polis tahan kakak pelakon popular, jumpa syabu di rumah
Dua suspek wanita berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an direman selama dua hari bagi membantu siasatan. - Gambar/ Astro AWANI
Kakak kepada seorang pelakon popular direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis syabu di dalam beg silang di rumahnya di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, perintah reman selama dua hari dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an itu dilakukan sepasukan polis pada pukul 6.45 petang Selasa di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana.
"Pemeriksaan di dalam beg itu menemukan balutan plastik berwarna hitam yang diikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Hanyan memaklumkan, beg mengandungi dadah itu dijumpai pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda di atas katil dalam bilik di rumah berkenaan.
Katanya, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka negatif dadah.
Topic Berkaitan
#kes dadah
#kakak pelakon
#artis malaysia
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan