awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan koperal disyaki pukul tujuh anggota tentera lain di Bentong

Bernama
Bernama
01/04/2026
14:54 MYT
Polis tahan koperal disyaki pukul tujuh anggota tentera lain di Bentong
Polis menahan seorang tentera berpangkat koperal bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota lain termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, Isnin lepas. -
Polis menahan seorang tentera berpangkat koperal bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota lain termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada bapa mangsa yang berusia 49 tahun, dan menahan suspek, 37, pada kira-kira 2.30 petang semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul, menumbuk dan menendang mangsa yang berusia 24 tahun.
“Siasatan turut mendapati terdapat enam lagi mangsa yang juga anggota tentera berusia antara 19 hingga 22 tahun yang berada bersama dalam kejadian berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Seorang mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan pernafasan serta masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala yang lain dirujuk ke Hospital Bentong.
Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#polis tahan
#Anggota tentera
#pukul
#Rejimen Askar Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan