awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lapan individu berjudi dalam apartmen

Bernama
Bernama
03/11/2024
13:45 MYT
Polis tahan lapan individu berjudi dalam apartmen
Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita ketika sedang bermain judi 'poker' dalam serbuan di sebuah apartmen studio di Subang Jaya, awal pagi tadi. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita ketika sedang bermain judi 'poker' dalam serbuan di sebuah apartmen studio di Subang Jaya, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun.
Beliau berkata empat daripada mereka ialah penuntut universiti swasta, manakala yang lain bekerja sebagai jurujual.
"Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700, cip dan meja poker dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan," katanya ketika dihubungi.
Hussein berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#berjudi
#apartment
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan