Polis tahan lelaki bogel ganggu lalu lintas

Polis menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video kejadian itu bagi menjaga maruah individu terlibat. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang berkelakuan tidak senonoh sehingga mengganggu lalu lintas di pekan Langkap dekat Teluk Intan, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.35 malam mengenai seorang lelaki yang berbogel serta mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap-Chui Chak.
“Bertindak atas maklumat itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dalam keadaan berbogel seperti tular di media sosial.
“Suspek dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan dan penilaian pakar psikiatri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Chua menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video kejadian itu bagi menjaga maruah individu terlibat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

