awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau

Bernama
Bernama
08/02/2026
06:45 MYT
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Polis merampas sebilah pisau di tempat kejadian serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun selepas didakwa mengejar seorang gadis dengan sebilah pisau di sebuah pasar raya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam semasa mangsa berusia 21 tahun dan adik perempuannya didatangi suspek di tempat letak kenderaan.
"Mangsa berasa curiga dan takut terus melarikan diri masuk ke dalam pasar raya selepas mendakwa dikejar suspek.
"Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek yang dikatakan telah memarahi dan menjerit ke arah dia serta adiknya tanpa sebab," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata polis merampas sebilah pisau di tempat kejadian serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi serta pintu masuk pasar raya bagi mengesan pergerakan dan perbuatan suspek.
Suspek yang positif methamphetamine direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#CCTV
#lelaki kejar wanita
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan