awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook

Bernama
Bernama
25/03/2026
15:28 MYT
Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook
Fadil berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung hantaran tular berunsur penghinaan itu pada 1.30 pagi, Ahad lepas, yang dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama “Sakti Sakti Sakti”.

Beliau berkata susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth menahan seorang lelaki berusia 47 tahun, pada 8.32 malam semalam di Butterworth, Pulau Pinang.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo 29T yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau permusuhan atas alasan agama, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Fadil turut menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R) me media sosial sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Facebook
#Nabi Muhammad SAW
#PDRM
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan