awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki pecah cermin kenderaan di lebuh raya

Bernama
Bernama
12/02/2024
13:33 MYT
Polis tahan lelaki pecah cermin kenderaan di lebuh raya
Sepasukan polis daripada JSJ menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands.
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands serta merampas sebuah kenderaan.
"Lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, dilaporkan polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dalam kejadian Sabtu lepas.
Polis menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang hari sama susulan video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pecah cermin kereta
#Lebuhraya Utara Selatan
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan