awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki warga asing, rampas lebih 25kg dadah

Bernama
Bernama
21/08/2024
14:57 MYT
Polis tahan lelaki warga asing, rampas lebih 25kg dadah
Khaw berkata lelaki itu ditahan dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari, hasil kerjasama PDRM dan AFP. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, di sekitar Ampang dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata lelaki itu ditahan dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari, hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Australia Federal Polis (AFP).
Beliau berkata polis turut merampas 25.65 kilogram dadah jenis methamphetamine, 717 gram heroin dan dua botol cecair kimia 9 liter dalam serbuan itu.
"Modus operandi sindiket ini adalah menyewa rumah kedai untuk dijadikan stor menyimpan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran luar negara menggunakan perkhidmatan kurier. Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM883,093 dan boleh digunakan oleh kira-kira 180,000 orang penagih dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu beliau berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini.
Khaw berkata saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#warga asing
#sindiket
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan