awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima individu berhubung kes tembak di Brickfields

Bernama
Bernama
22/06/2025
10:45 MYT
Polis tahan lima individu berhubung kes tembak di Brickfields
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kesemua mereka ditahan pada 16 Jun lepas di sekitar ibu negara, namun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditembak di Brickfields di sini pada 13 Jun lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kesemua mereka ditahan pada 16 Jun lepas di sekitar ibu negara, namun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.
"Secara keseluruhan, 18 individu telah dirakam keterangan bagi siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi cedera.
Sementara itu, beliau berkata polis telah merakam keterangan 20 individu setakat ini, berhubung kes kematian seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Loke Yew, Cheras pada 16 Jun lepas, namun tiada tangkapan dilakukan.
Mohamed Usuf berkata kedua-dua kejadian tembakan itu dipercayai bermotifkan pertembungan kumpulan kongsi gelap memandangkan mangsa mempunyai latar belakang kumpulan kongsi gelap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#Kes Tembak
#Brickfields
#lima individu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan