awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT

Bernama
Bernama
03/11/2024
15:36 MYT
Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT
Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lepas. - Foto hiasan
SEREMBAN: Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan semalam.
"Sewaktu kejadian itu, kita berjaya menenteramkan keadaan. Kelima-lima lelaki dipercayai penyokong NSFC dan polis turut mengenal pasti beberapa individu lain disyaki terlibat dalam insiden tersebut dan sedang berusaha mengesan serta menangkap individu yang masih bebas," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh di tempat awam atau melakukan khianat.
Mohd Rosli berkata video berdurasi 1.02 saat yang memaparkan kekecohan itu turut tular di media sosial dan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang atau membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran masyarakat.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033 222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Ikhmal Helmi di talian 013-4519 829.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#kekecohan
#NSFC
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan