awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan sepasang suami isteri dipercayai dalang penipuan rumah sewa dalam talian

Bernama
Bernama
10/09/2015
12:33 MYT
Polis tahan sepasang suami isteri dipercayai dalang penipuan rumah sewa dalam talian
Modus operandi kedua-dua suspek itu ialah menipu pelanggan secara dalam talian dengan mengenakan harga sewaan yang rendah. - Gambar Hiasan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan rumah sewa dengan tertangkapnya sepasang suami isteri yang menjadi dalang penipuan, sekali gus menyelesaikan 10 kes di beberapa negeri.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Johor, ACP Mah Khye Beng berkata kedua-dua suspek berumur 22 dan 23 tahun itu juga merupakan individu yang dikehendaki polis Pahang dan Perlis atas kesalahan yang sama.
"Polis menahan pasangan itu di sebuah hotel di Jalan Lumba Kuda, di sini petang Jumaat lepas, atas maklumat orang ramai," kata beliau ketika dihubungi Bernama Khamis.
Menurutnya, sehingga kini sebanyak lapan laporan telah diterima pihaknya mengenai penipuan rumah sewa secara dalam talian iaitu dua di daerah Seri Alam, empat di Johor Bahru Selatan, masing-masing satu di Johor Baharu Utara dan Nusajaya.
Sementara itu, laporan polis juga diterima masing-masing satu di Pahang dan Perlis, katanya.
Mah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini direman sehingga esok di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara.
Beliau berkata modus operandi kedua-dua suspek itu ialah menipu pelanggan secara dalam talian dengan mengenakan harga sewaan yang rendah.
Pada masa sama, Mah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan harga sewa yang rendah serta lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#jenayah
#PDRM
#polis
#sindiket penipuan rumah sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan