awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek larikan lelaki

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2023
15:55 MYT
Polis tahan suspek larikan lelaki
Sebelum ini tular video berdurasi 41 saat itu yang menunjukkan beberapa individu dipercayai tiga lelaki dan seorang wanita menolak mangsa ke dalam Perodua Viva di lokasi kejadian. - Gambar facebook.com/MelakaHariIniOfficial
ALOR SETAR: Polis menahan seorang suspek lelaki bagi menyelesaikan kes dipercayai melarikan seorang lelaki secara salah di hadapan Hotel Dikly, Shahab Perdana, di sini pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan polis awal pagi Isnin selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu.
"Susulan kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menahan seorang suspek berusia 43 tahun pada awal pagi Isnin dan masih mengesan individu lain yang terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini tular video berdurasi 41 saat itu yang menunjukkan beberapa individu dipercayai tiga lelaki dan seorang wanita menolak mangsa ke dalam Perodua Viva di lokasi kejadian.
Tambah Ahmad Shukri, polis bagaimanapun masih mengesan beberapa suspek yang terlibat dalam insiden terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini kita masih menyiasat motif sebenar kejadian berlaku dan polis sedang cuba menghubungi mangsa dalam waktu terdekat ini," katanya.
Topic Berkaitan
#motif
#Kanun Keseksaan
#Perodua Viva
#laporan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan