awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lagi suspek pergaduhan di Balai Polis Meru

Bernama
Bernama
05/03/2026
07:07 MYT
Polis tahan tiga lagi suspek pergaduhan di Balai Polis Meru
Shazeli berkata polis merampas sebuah topi keledar dan sebatang paip besi dipercayai digunakan sebagai senjata dalam insiden tersebut. - Gambar/ Bernama
Polis menahan baki tiga lagi individu disyaki terbabit dalam kes pergaduhan di Balai Polis Meru, Klang dekat sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata semua lelaki tempatan berusia 38 hingga 44 tahun itu direman sehingga esok dan Sabtu, manakala reman lima lagi suspek yang telah ditangkap disambung hingga esok.
Beliau berkata siasatan awal mendapati semua mereka saling mengenali dan kejadian berpunca daripada perebutan kawasan bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan keselamatan di tapak perumahan.
“Semakan mendapati sebahagian suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berat merangkumi kes bunuh, cubaan membunuh, samun berkumpulan, merusuh dengan senjata dan pecah rumah.
“Malah, seorang suspek merupakan individu dikehendaki di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selain seorang lagi positif dadah jenis benzo,” katanya pada sidang media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sini hari ini.
Shazeli berkata polis merampas sebuah topi keledar dan sebatang paip besi dipercayai digunakan sebagai senjata dalam insiden tersebut.
Beliau berkata anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya akan mempertingkat aspek keselamatan balai polis di kawasan rumah kedai.
“Balai Polis Meru merupakan kawasan rumah kedai berbanding balai polis lain yang mempunyai pagar dan sentri pengawal. Jadi ia hanya ada pintu hadapan dan terus kaunter atau pejabat pertanyaan.
“Itu antara kelemahan akan diperbaik dan diperkemas supaya aspek keselamatan balai polis bersifat rumah kedai ditingkatkan pada masa akan datang,” katanya.
Shazeli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun ditahan susulan pergaduhan di Balai Polis Meru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pergaduhan di balai polis
#balai polis meru
#perebutan kawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan