awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki miliki 3,000 pil yaba

Bernama
Bernama
23/02/2023
23:20 MYT
Polis tahan tiga lelaki miliki 3,000 pil yaba
Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 1 Mac. - Gambar hiasan
BACHOK: Polis menahan tiga lelaki bersama 3,000 biji pil yaba dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Gertak Datok, Gunung, di sini, awal pagi, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kesemua mereka yang berusia 18 hingga 31 tahun itu, ditahan pada 1.30 pagi hasil risikan dan maklumat awam.
"Hasil pemeriksaan menemukan bungkusan berisi pil yaba berjumlah 3,000 biji dengan nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM45,250.
"Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati, dua suspek positif dadah jenis morfin manakala seorang lagi negatif bahan terlarang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Ismail berkata tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita harta iaitu wang tunai dan dua buah kenderaan dengan anggaran keseluruhan nilai harta yang disita RM 55,000.
"Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 1 Mac.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pil yaba
#Kampung Gertak Datok
#Dadah
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan