awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis temukan kokain lebih 16 kg di Pantai Tanjung Gosong, Pekan

Bernama
Bernama
01/04/2026
05:11 MYT
Polis temukan kokain lebih 16 kg di Pantai Tanjung Gosong, Pekan
Yahaya (kanan) memaklumkan beg yang dijumpai terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, Pekan pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Polis menemukan sebuah beg yang berisi dadah jenis kokain seberat lebih 16 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM7.31 juta terdampar di persisiran Pantai Tanjung Gosong, Pekan, semalam.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata penemuan itu susulan maklumat awam sebelum sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan kira-kira 2.45 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beg tersebut mengandungi 14 bungkusan ketulan mampat berwarna hitam bertulis ‘Stone’ yang disyaki kokain dengan anggaran berat 16.263kg, selain enam lagi bungkusan yang telah terlarut kandungannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati beg berkenaan telah berada di dalam laut untuk suatu tempoh, sebelum ditemukan terdampar di pesisir pantai, berdasarkan keadaan beberapa bungkusan yang didapati telah terlarut.

Beliau berkata pihaknya telah memanggil seorang saksi bagi membantu siasatan, dan sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Yahaya berkata harga pasaran semasa bagi dadah berkenaan dianggarkan RM450,000 bagi setiap kilogram, selain boleh menjejaskan lebih 80,000 penagih sekiranya diedarkan ke pasaran.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#polis
#Dadah
#kokain
#Yahaya Othman
#Pantai Tanjung Gosong
#Tanjung Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan