awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua

Bernama
Bernama
13/08/2019
21:00 MYT
Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua
Tular sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar. - Gambar hiasan
Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan tiga lelaki di Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata laporan telah dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 30an di balai polis berdekatan kira-kira pukul 7.37 pagi.
"Kejadian berlaku dipercayai akibat pelanggaran kereta. Mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum kedua-dua suspek beredar.
"Kita masih menyiasat kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Pada tengah hari, tular pula sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar.
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Isnin selepas mangsa dikatakan memotong dan memasuki laluan kereta suspek.
Dalam tempoh berkenaan, lalu lintas sesak di lebuhraya berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkhairi Mukhtar
#Facebook
#Gelang Patah
#Iskandar Puteri
#kereta
#laman sosial
#laporan polis
#Lebuhraya Link Kedua
#mangsa
#pelanggaran
#pergaduhan
#polis
#Singapura
#suspek
#tiga lelaki
#Tular
#tumbuk
#video
#warga singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan