awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak

Bernama
Bernama
22/01/2026
03:20 MYT
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi petugas sebuah taska di Shah Alam yang memaparkan seorang kanak-kanak autistik dikurung dalam stor.
SHAH ALAM: Polis menerima tiga laporan berhubung cawangan taska di sini yang dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk isu penderaan seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya turut merakam percakapan pempengaruh yang mendedahkan kejadian itu selain sedang melakukan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di premis cawangan terlibat.
"Laporan dibuat ibu bapa termasuk kepada seorang kanak-kanak autisme. Setakat ini, ada lagi cawangan yang disiasat belum menyerahkan rakaman CCTV dan rampasan akan dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi petugas sebuah taska di Shah Alam yang memaparkan seorang kanak-kanak autistik dikurung dalam stor dengan keadaan menangis teresak-esak tular di media sosial.
Turut tular ialah video memaparkan kanak-kanak di cawangan taska sama di Puchong, Selangor diminta merangkak di dalam longkang, didakwa bagi mengelak pemeriksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taska
#dera
#Kanak-kanak
#Ramsay Embol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan