awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas empat sindiket curi motosikal di ibu negara

Bernama
Bernama
26/03/2026
04:30 MYT
Polis tumpas empat sindiket curi motosikal di ibu negara
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju SAC Mohammad Lazim Ismail (kiri) menunjukkan motosikal yang dirampas ketika sidang media mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan Ops Lejang di IPD Wangsa Maju hari ini. - Foto Bernama
Polis menumpaskan empat sindiket curi kenderaan di ibu negara melibatkan penahanan 21 individu dan rampasan 24 motosikal bernilai kira-kira RM248,000 dalam operasi dari 1 Jan hingga Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju SAC Mohamad Lazim Ismail berkata semua suspek warga tempatan termasuk seorang wanita berusia antara 33 hingga 50 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.
“Siasatan mendapati empat sindiket yang tidak berkaitan itu menyasarkan model motosikal yang mendapat permintaan tinggi seperti Yamaha LC.
“Mereka mengambil kesempatan atas kecuaian pemilik meninggalkan kunci pada motosikal, terutamanya di kawasan titik panas seperti perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat komersial sekitar Setapak serta Wangsa Maju,” katanya selepas Perhimpunan Khas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.
Mohamad Lazim berkata sindiket itu dipercayai aktif antara satu atau dua tahun lepas, akan menjual motosikal tersebut termasuk ada yang dileraikan sebagai alat ganti di platform dalam talian pada harga lebih rendah daripada pasaran.
Beliau berkata lima suspek telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 379A, Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan manakala siasatan terhadap suspek lain masih dalam proses dilengkapkan.
Menerusi operasi sama, Mohamad Lazim berkata polis menjalankan pemeriksaan terhadap 4,109 individu, 3,157 kenderaan dan 10 premis bengkel motosikal bagi mengesan penggunaan kenderaan atau komponen curi.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membeli alat ganti kenderaan terpakai yang diragui sumbernya kerana boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu memiliki barang curi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata 322 kes kecurian motosikal direkodkan pada 2025 dengan anggaran kerugian mencecah RM2.6 juta di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa orang ramai meningkatkan keselamatan kenderaan dengan menggunakan kunci tambahan dan meletakkan kenderaan di kawasan selamat yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Pada perhimpunan itu, Mohamad Lazim juga menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 pengamal media bagi menghargai peranan mereka membantu polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#jenayah
#curi motosikal
#sindiket
#Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan