awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan

Bernama
Bernama
27/01/2026
09:00 MYT
Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan
Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan aktiviti pemprosesan dan pembungkusan air ketum dengan menahan enam individu di sebuah premis kediaman di Rawang, Selangor, pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu, polis turut merampas 1,215.6 liter air ketum.
"Turut dirampas 20 kilogram daun ketum serta pelbagai peralatan memproses bahan berkenaan dengan nilai rampasan berjumlah RM21,060, dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
"Selain itu, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace yang berada di hadapan premis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
ACP Noor Ariffin berkata semakan mendapati kesemua yang ditahan iaitu seorang lelaki tempatan serta tiga lelaki dan dua wanita warga asing berusia antara 21 hingga 38 tahun, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan awal air kencing adalah negatif.
Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Beliau turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu usaha pembanterasan secara berterusan.
-- BERNAMA





Topic Berkaitan
#aktiviti pemprosesan dan pembungkusan
#air ketum
#Rawang
#daun ketum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan