awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik wang: Perlu ada bukti kukuh - Megat Najmuddin

Bernama
Bernama
19/10/2013
14:52 MYT
Politik wang: Perlu ada bukti kukuh - Megat Najmuddin
"Cakap semua orang boleh cakap, bukti itu yang penting," kata Pengerusi Tribunal Disiplin Umno Malaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mengenai dakwaan kononnya terdapat politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang sedang berlangsung.
Beliau berkata jika dilihat dari segi undang-undang, sukar untuk disabitkan seseorang dengan dakwaan rasuah kecuali ada bukti kukuh dan saksi-saksi mempunyai kredibiliti.
"Kalau saksi itu sendiri tidak berwibawa, nanti dia mudah dipesongkan oleh peguam di bilik mahkamah sehingga kes tidak sangkut akhirnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau tidak menafikan ada beberapa kes salah laku yang sedang disiasat oleh tribunal dan kes biasanya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk diselesaikan.
"Jika wujud perlakuan jenayah dan rasuah, kita akan laporkan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kaedah siasatan tribunal ini lebih rendah dari cara siasatan pihak berkuasa. Kita bukan mahkamah tetapi sebuah parti politik, sebagai parti politik, kita faham tujuan tuduhan-tuduhan ini dibuat dan kebanyakan bersifat untuk menjatuhkan orang," katanya.
Ditanya sama ada benar berlaku politik wang yang serius, Megat Najmuddin berkata perkara itu tidak benar dan sengaja diperbesar-besarkan oleh blog-blog dan laman sosial bersifat politik.
Megat Najmuddin yang juga Anggota Lembaga Penasihat SPRM, berkata tribunal menerima bermacam-macam laporan sejak pilihan raya umum Mei lepas sehinggalah ke pemilihan jawatan Umno sekarang, membabitkan tuduhan politik wang, salah guna kuasa dan perangai tidak sopan.
"Banyak kepada fitnah sahaja, laporan berkaitan dengan segala salah laku ini sangat kurang sebenarnya. Kalau kita fikir guna akal kita konon berlaku politik wang, tidak mungkin mereka yang bertanding ini boleh memberi rasuah kepada 150,000 anggota Umno yang terlibat," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengerusi Tribunal Disiplin Umno Malaysia
#politik wang
#Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan