awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi berisiko digesa jalani ujian saringan HIV

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2018
13:30 MYT
Populasi berisiko digesa jalani ujian saringan HIV
Dr Dzulkefly berkata rawatan ARV disediakan secara percuma di semua fasiliti kesihatan kerajaan. -Gambar fail
Masyarakat Malaysia terutama kalangan populasi berisiko digesa menjalani ujian saringan bagi mengetahui status HIV dan seterusnya mendapatkan rawatan antiretroviral (ARV) tanpa berlengah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata rawatan ARV disediakan secara percuma di semua fasiliti kesihatan kerajaan, lapor Bernama.
"Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memelihara kesihatan orang yang yang hidup dengan HIV serta membendung jangkitan HIV," katanya dalam kenyataan sempena Hari AIDS Sedunia 2018 yang disambut setiap tahun pada 1 Dis.
Menurutnya, epidemik HIV di negara kini berhadapan dengan transmisi seksual sebagai punca utama jangkitan.
Menteri itu berkata walaupun secara amnya bilangan kes baharu HIV telah menurun tetapi kadar jangkitan melalui transmisi seksual didapati meningkat daripada 33 peratus kepada 91 peratus antara 2007 dan 2017.
"Jika perkara ini tidak dibendung segera, dikhuatiri bilangan kes baharu HIV akan meningkat semula dan menggagalkan matlamat negara untuk mengakhiri AIDS pada 2030," kata Dr Dzulkefly.
Beliau berkata Malaysia pernah mencatat angka tertinggi bilangan kes HIV baharu dikesan pada 2002 iaitu 6,978 kes, dan kini pada penghujung 2017 ia menyaksikan penurunan lebih 60 peratus.
Topic Berkaitan
#AIDS
#ARV
#Dzulkefly Ahmad
#HIV
#kerajaan
#kesihatan
#rawatan antiretroviral
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan