awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Port Dickson perlu berubah, bersih, perketat penguatkuasaan undang-undang - MB Aminuddin

Bernama
Bernama
10/01/2024
23:50 MYT
Port Dickson perlu berubah, bersih, perketat penguatkuasaan undang-undang - MB Aminuddin
Kanak-kanak antara paling gembira beriadah bersama ahli keluarga di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, ketika tinjauan sempena cuti sekolah, 26 Dis 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Port Dickson selaku lokasi tumpuan pelancongan negara perlu berubah terutamanya dalam memberikan penekanan faktor kebersihan dan penguatkuasaan undang-undang, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin merangkap Ahli Parlimen Port Dickson turut menegaskan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), jabatan, agensi serta syarikat konsensi terlibat di dalam daerah itu agar lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan aduan diterima oleh pelancong terutamanya pengunjung domestik.
"Kita sedia maklum isu ditimbulkan pelancong, saya telah sampaikan mesej kepada MPPD supaya mereka bertegas memudahkan pelancong datang ke Port Dickson tanpa ada gangguan. Masalah timbul apabila banyak khemah didirikan sehingga mengganggu pelancong lain beriadah di pantai.
"Ada menggunakan wakaf sebagai tempat perkhemahan, perkara ini tidak harus berlaku. Ikut peraturan ditetapkan. Saya mengarahkan supaya penguatkuasaan lebih ketat. Kita tidak mahu ada peraturan tapi dilanggar," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di sini pada Rabu.
Dalam pada itu Aminuddin berkata agensi serta syarikat konsensi terlibat perlu bertanggungjawab memastikan isu seperti tiang eletrik condong, masalah jalan raya serta masalah persekitaran yang menjejaskan keindahan di daerah itu ditangani segera.
"Saya mahu ia bersih, tiada pokok menjalar di tiang telefon, tiang elektrik sehingga menjadi 'pintu gerbang', Port Dikcson perlu berubah, saya akan pastikan tindakan berjalan. Nasihat saya ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali disuarakan," katanya.
Aminuddin juga berharap jabatan dan agensi terlibat di daerah lain termasuk Seremban mengambil perhatian dengan teguran tersebut dan bertindak lebih komited dalam memastikan pengurusan bandar dan daerah di negeri ini lebih teratur dan bersih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#Aminuddin Harun
#Bersih
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan