awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Port' rahsia digempur polis, tujuh lelaki leka berjudi ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/06/2021
06:14 MYT
'Port' rahsia digempur polis, tujuh lelaki leka berjudi ditahan
Kesemua lelaki yang berusia berusia 44 hingga 61 tahun itu ditahan dalam semak Kampung Kubang Ikan kira-kira jam 4 petang pada Ahad. - PDRM
BESUT: Taktik tujuh lelaki melepaskan gian bermain judi di dalam kawasan semak terbongkar selepas 'port' rahsia dan aktiviti mereka berjaya dihidu pihak polis.
Kesemua lelaki yang berusia berusia 44 hingga 61 tahun itu ditahan dalam semak Kampung Kubang Ikan kira-kira jam 4 petang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, ketika ditahan kesemua mereka sedang leka bermain judi daun terup.
Jelasnya, serbuan yang dilakukan itu menerusi aduan awam berhubung kegiatan itu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan.
Katanya, hasil siasatan awal kesemua lelaki yang ditahan itu melakukan aktiviti tersebut sejak dua minggu lalu.
"Menerusi serbuan itu kita telah merampas daun terup dan wang kertas bercampur yang bernilai lebih RM1,700.
"Kesemua mereka yang ditahan dikompaun kerana telah melanggar syarat-syarat dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 16 Akta 342, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#judi
#terup
#polis
#PDRM
#port rahsia
#kampung kubang ikan
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan