awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan

Bernama
Bernama
12/12/2019
10:03 MYT
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Pos Malaysia telah menerima surat pengesahan mengenai kelulusan kenaikan tarif tersebut. - Gambar fail
Pos Malaysia Bhd masih belum menerima butiran rasmi mengenai kadar tarif pos yang baharu, dan tarikh perlaksanaannya daripada kerajaan walaupun penyedia perkhidmatan pos itu telah menerima surat pengesahan mengenai kelulusan kenaikan tarif tersebut.
"Kami menunggu butiran lanjut mengenai apa yang diluluskan dan dibentangkan. Setakat ini tiada apa-apa pengumuman lagi," kata sumber dalam syarikat berkenaan kepada Bernama.
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.
Terdahulu, Nikkei Asian Review melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan daripada syarikat perkhidmatan pos yang disenaraikan, untuk menaikkan kadar, semakan semula yang pertama dalam tempoh sedekad.
Dengan memetik maklumat daripada dua menteri yang enggan dikenali, ia berkata Pos Malaysia dijangka membuat pengumuman berkenaan perubahan kadar itu tidak lama lagi.
Perubahan itu termasuk kenaikkan kadar tarif, perubahan struktur tarif dan pembatalan kawal selia dalam beberapa segmen, kata seorang pegawai kanan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#pos malaysia
#tarif baharu
#tarif pos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan