awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potongan 30 peratus majikan terhadap dana HRDF dihentikan 15 Nov

Farish Aziz
Farish Aziz
10/11/2018
09:55 MYT
Potongan 30 peratus majikan terhadap dana HRDF dihentikan 15 Nov
Menurut Kula Segaran Pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan bagi mencari mekanisme baharu agar golongan terbabit terus dibantu. - Gambar fail
Mulai 15 November ini, kerajaan akan menghentikan potongan 30 peratus bagi dana Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) daripada levi yang disumbangkan oleh majikan yang berdaftar dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus (GOC), Lembaga Pengarah HRDF dan pengurusannya.
Menurut beliau dana yang diwujudkan sejak tahun 2016 menerusi Akta PSMB 2001, menetapkan agar semua majikan yang berdaftar dibawah HRDF perlu membayar satu peratus levi bulanan dengan 30 peratus levi berkenaan disalurkan kepada KWPSM. Dana itu merupakan satu inisiatif strategik dalam menyokong agenda negara untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir Malaysia menjelang tahun 2020.
Bagaimanapun laporan GOC yang diketuai Pengerusinya Tan Sri Rebecca Sta Maria mendapati terdapat kelemahan dan salah guna kuasa menerusi dana itu meskipun matlamatnya untuk membantu golongan B40 dan usahawan serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Terdapat banyak perusahaan yang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menyumbang kepada HRDF tetapi tenaga kerja mereka juga perlu dilatih,” katanya.
Justeru pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan bagi mencari mekanisme baharu agar golongan terbabit terus dibantu.
Topic Berkaitan
#akta
#B40
#dana
#Dana Disatukan
#henti
#HRDF
#Kementerian Sumber Manusia
#komisen
#levi
#M Kula Segaran
#M Kulasegaran
#SME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan