awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM rampas 30,000 liter minyak diesel diseleweng bernilai lebih RM1 juta

Bernama
Bernama
11/04/2026
02:53 MYT
PPM rampas 30,000 liter minyak diesel diseleweng bernilai lebih RM1 juta
Serbuan pada 5 petang itu dijalankan berdasarkan hasil risikan PPM dan maklumat orang ramai. - Gambar hiasan
Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 30,800 liter minyak diesel bernilai RM1.16 juta dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Sin San di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata serbuan pada 5 petang itu dijalankan berdasarkan hasil risikan PPM dan maklumat orang ramai sebelum mengekori sebuah lori yang mencurigakan ke lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kegiatan pemindahan minyak diesel secara tidak sah selain turut menemukan tiga lori, tiga unit skid tank serta 10 tong dram yang dipercayai bagi tujuan penyelewengan bahan kawalan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Amri berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan penyelewengan serta penyeludupan bahan kawalan, sekali gus memastikan kestabilan ekonomi serta keselamatan negara terpelihara.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPM
#diesel
#seleweng
#Ahmad Amri Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan