awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna

Bernama
Bernama
22/12/2024
22:30 MYT
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
Berlaku kejadian ribut angin kencang serta hujan lebat pada jam 3 pagi Ahad, menyaksikan polis Semporna menerima aduan kejadian rumah rosak serta roboh di empat kampung di daerah itu. - Gambar fail/JBPM Sabah
SEMPORNA: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria di sini, dibuka semalam bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat kejadian ribut awal pagi semalam.
Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew berkata PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
"Selain itu, bantuan termasuk makanan akan turut diberikan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau berkata sebanyak 102 rumah rosak, 11 rumah roboh termasuk dua surau rosak akibat ribut berkenaan.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Arif Abdul Razak berkata berlaku kejadian ribut angin kencang serta hujan lebat pada 3 pagi semalam, dan pihaknya menerima aduan berlaku kejadian rumah rosak serta roboh di empat kampung.
"Kejadian ribut itu turut menyebabkan tiang elektrik tumbang dan bekalan elektrik terputus, selain lebih 100 rumah mengalami kerosakan pada atap rumah serta ada rumah yang roboh, termasuk lebih 15 kenderaan turut rosak," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semporna
#PPS
#ribut
#rumah rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan