awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPV PICK Remaja KL sasar selesai vaksinasi remaja menjelang awal November

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
22/10/2021
07:16 MYT
PPV PICK Remaja KL sasar selesai vaksinasi remaja menjelang awal November
PPV KL jangka semua pelajar akan lengkap divaksinasi awal November ini. - Gambar ProtectHealth
KUALA LUMPUR : Hampir 100 peratus remaja terdiri daripada pelajar sekolah yang berdaftar di Kuala Lumpur ketika ini sudah melengkapkan suntikan dos vaksin pertama menerusi Program vaksinasi PICK Remaja yag dilancarkan sejak 20 September lepas.
Menurut Pengurus Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur ProtectHealth, Dr Azim Azmi, ketika ini proses suntikan dos kedua berjalan dengan sangat lancar bagi Kuala Lumpur dengan jumlah penerimanya sudah melepasi 40 peratus.
Bagi PPV ISKL (International School Kuala Lumpur) misalnya, pemberian vaksin telah mencecah lebih 6,000 dos suntikan melibatkan seramai 5,610 jumlah remaja setelah 15 hari beroperasi.
“Jika dilihat, kita yakin menjelang awal November kita mampu menyempurnakan suntikan vaksin dos kedua di PPV ISKL dan secara keseluruhan, bagi semua pelajar yang ada di Kuala Lumpur pada Disember,” jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pagi tadi.
Tambah beliau, sepanjang proses vaksinasi dilakukan tiada masalah yang timbul memandangkan kebanyakan pelajar atau remaja hadir dengan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing sehinggalah proses suntikan selesai.
Azim yang juga merupakan bekas pengurus PPV Mega AZ WTCKL ProtectHealth sebelum ini juga melihat Program PICK Remaja yang sedang berjalan ketika ini lebih mudah dan mampu mencapai sasaran dalam masa yang singkat berbanding program vaksinasi bagi dewasa sebelum ini.
Ia turut melibatkan beberapa faktor kerjasama yang baik termasuk daripada pengamal perubatan swasta yang sudi tampil ke hadapan bagi membantu PICK Remaja secara sukarela, dan juga sukarelawan dan petugas bukan kesihatan yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang sama-sama membantu melancarkan proses pemberian vaksin di PPV.
“Kita ada lebih 2,300 pengamal perubatan swasta yang turut sama bersama kita dalam PICK dan PICK Remaja ketika ini di seluruh negara. Malah jumlah yang telahpun mendaftar adalah berjumlah 3,699 yang bersiap sedia memberikan perkhidmatan bila-bila masa diperlukan jika dipanggil.
“Ini sangat membantu sebenarnya dalam menentukan kelancaran PICK Remaja agar ia mampu mencapai sasaran dalam tempoh yang singkat,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#PICK
#Astro Awani
#dos kedua
#international
#Kuala Lumpur
#pelajar
#PPV
#program vaksinasi
#Pusat Pemberian Vaksin
#sekolah
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan