awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo adakan lawatan rasmi ke Jepun, perkukuh hubungan strategik

Bernama
Bernama
29/03/2026
07:37 MYT
Prabowo adakan lawatan rasmi ke Jepun, perkukuh hubungan strategik
Prabowo dijadual melakukan beberapa penglibatan penting semasa lawatan itu, antaranya menghadap Maharaja Jepun Naruhito. - Gambar fail
Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas ke Jepun pada Ahad untuk lawatan rasmi yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Biro Akhbar, Media dan Penerangan Sekretariat Presiden dalam kenyataan memaklumkan Prabowo diiringi Menteri Luar Sugiono, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia dan Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya sepanjang lawatan.
Teddy dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata presiden dijadual melakukan beberapa penglibatan penting semasa lawatan itu.
“Antaranya ialah Presiden Prabowo akan menghadap Maharaja Jepun Naruhito,” katanya.
Prabowo juga dijadualkan bertemu Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi di Istana Akasaka di Tokyo dan mereka dijangka memajukan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor termasuk pelaburan, tenaga, hal ehwal maritim dan digital.
Dari Jepun, Prabowo dan delegasinya dijadualkan melawat Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Prabowo
#Jepun
#lawatan rasmi
#Sanae Takaichi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan