awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana tawar diskaun 50 peratus mulai 16 Sept

Bernama
Bernama
02/09/2016
01:27 MYT
Prasarana tawar diskaun 50 peratus mulai 16 Sept
Pemberian diskaun berkenaan bertujuan mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan Monorel pada waktu puncak. - Gambar fail
Pengguna sistem Aliran Transit Ringan (LRT) dan monorel yang menggunakan pembayaran tanpa tunai akan diberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus untuk perjalanan antara 6 hingga 7 pagi bermula 16 Sept ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata diskaun berkenaan bertujuan mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan Monorel pada waktu puncak.
"Pengguna kad Touch 'n Go, MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, dan pemegang kad konsesi (pelajar, warga emas, orang kelainan upaya) akan menikmati kadar diskaun ini dari harga semasa.
"Diskaun ini juga bertujuan menggalakkan pengguna menukar corak perjalanan mereka dari waktu puncak pagi iaitu antara 7 hingga 9 pagi kepada seawal 6 hingga 7 pagi untuk mengelakkan kesesakan di beberapa stesen," katanya pada sidang berita di sini pada Khamis.
Beliau berkata kira-kira 10,000 pengguna dijangka mendapat manfaat melalui diskaun tersebut, dan diharap dapat mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan konsep 'win-win situation'.
"Diskaun ini meliputi laluan LRT Kelana Jaya, LRT Sri Petaling, LRT Ampang, Monorel Kuala Lumpur dan Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway," katanya.
Azmi berkata 66 peratus daripada pengguna LRT dan monorel sekarang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Topic Berkaitan
#diskaun
#LRT
#Prasarana Malaysia Berhad
#Rapid KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan